Archive for the ‘Rahsia Pos’ Category

August 24th, 2009

Panduan Pertolongan Cemas & CPR

Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti…

“Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!”

“Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!”

“Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!”

Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang “kena”.

September 2nd, 2008

Kelebihan Perniagaan Pos

Jaminan Hari Tua
Adakah anda hanya selesa makan gaji ataupun berniaga? Saya juga bekerja makan gaji. saya akan mendapat gaji, tetapi hidup saya tidak sempurna apabila saya banyak berhutang seperti hutang dengan bank bagi membeli kereta dan rumah. Ramai kakitangan kerajaan terpaksa menanggung hutang sampai mereka pencen. Bebanan hutang ini mengganggu kestabilan dan keselesaan hidup. Apabila mencapai umur yang dikategorikan sebagai warga emas, kita sepatutnya berehat, dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan hidup gembira. Tetapi jika hutang masih berlonggok dan belum dapat dijelaskan, kita tidak dapat hidup dengan gembira. Cuba anda bayangkan semasa anda pencen nanti anda sudah tidak bertenaga, tidak aktif dan hanya berada di rumah. Pendapatan anda sudah hilang separuh, Apakah alternatif yang anda perlukan bagi menampung dan menambahkan pendapatan walaupun anda sudah pencen? Ya, melalui perniagaan di rumah iaitu perniagaan pos. Perniagaan pos ini dapat di jadikan sebagai kerja sambilan tetapi ia perlu diusahakan setiap masa. Tidak mustahil jika ia menjadi separuh masa. Usahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan terlebih dahulu.” Kecil-kecil, lama-lama jadi bukit”

September 2nd, 2008

Berkenalan dengan perniagaan pos.

Berkenalan dengan perniagaan pos bermaksud aktiviti perniagaan yang dilakukan dan dijalankan secara pos. Perniagaan ini melibatkan promosi dengan menggunakan katalog., pesanan dan pembayaran serta penghantaran produk. Semuanya menggunakan wang pos. Malah yang digunakan juga adalah wang pos. Wang pos boleh didapati doi pejabat pos. Melalui perniagaan ini, pembeli dan penjual tidak perlu berjumpa antara satu sama lain. Penjual mempromosikan produknya hanya menggunakan katalog ataupun brosur. Pembeli pula membuat pesanan berdasarkan katalog ataupun brosur itu. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order, cek ataupun wang tunai. Yang peliknya, walaupun perniagaan ini dijalankan secara pos, ia mampu berkembang dengan pesat. Bahkan, ada yang mampu meraih pendapatan melebihi empat angka. inilah cara perniagaan yang dapat memberikan kejayaan dan keselesaan kepada anda.

July 10th, 2008

Buat Duit Di Rumah

Buat duit dari rumah

Buat duit dari rumah ini adalah kenyataan,
bukan dongengan. Sesiapa sahaja dapat melakukannya.
Anda dapat menjana pendapatan dengan hanya bekerja
di meja makan di rumah anda.

Apakah formulanya? Sebenarnya, tiada formula yang
hebat. Ia hanya cara dan teknik ringkas dan senang
yang dapat memberikan hasil yang hebat. Anda hanya
perlu bekerja tiga jam sehari sambil minum kopi di
meja makan. Ini adalah rahsia yang jarang diketahui
oleh masyarakat di Malaysia. Rahsia ini sudah lama
di amalkan di USA, Kanada dan negara-negara Eropah
lain lebih 100 tahun yang lampau. Apakah pekerjaan
di rumah itu? Pekerjaan dinamakan sebagai perniagaan
secara pos (mail order). Di anggarkan lebih 25 juta
yang menjalankan perniagaan ini. Lebih lima juta
yang berjaya memperolehi pendapatan USD100,000 sebulan.
Di Malaysia, perniagaan pos ini masih lagi belum
diceburi ramai. Jika ramai yang mencuburinya, masalah
pengangguran akan dapat dikurangkan.

May 22nd, 2008

Berniagan dengan modal yang kecil.

Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bergelar jutawan senyap Malaysia? Ya, saya pasti anda pernah impikan kejayaan itu dan terus mengorak langkah seiring dengan jutawan senyap sedia ada di Malaysia.

Tetapi, bagaimana mungkin anda boleh berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya jika tiada sumber modal yang mencukupi. RM5,000 , RM30,000 atau RM50,000 adalah jumlah yang tinggi bagi anda jika dari golongan sederhana.

Mulakan Bisnes Anda Dengan Modal Minimum Serendah RM0.00 Atau RM29.00 Sahaja.

Pelik??? Ya, PELIK TAPI BENAR dan telah ramai yang berjaya dengan menjalankan model bisnes tulen ini. Saya telah mengusahakan model bisnes ini dan memang terbukti ianya memberikan pulangan yang lumayan walaupun dengan modal yang amat rendah. Sukar mempercayai akan kehebatan rahsia bisnes ini.

Mahukah anda mempunyai satu perniagaan yang sah yang boleh anda jalankan secara sambilan atau sepenuh masa dari meja makan di rumah dan memberikan anda ribuan ringgit setiap bulan? Jika YA, saya ada berita baik buat anda kerana saya akan mendedahkan satu Idea Bisnes Hebat.

Idea menjana pendapatan sampingan cara mudah ialah dengan menjadi usahawan GayaPos dengan gabungan kemudahan Internet ! Ini adalah kerana faedah-faedah berikut yang tiada tandingannya dengan apa juga jenis bisnes yang terdapat di dalam dunia ini:

May 22nd, 2008

Ramai Orang Yang Mencuba Perniagaan Secara Pos

Sahabat Yang Dihargai,

Semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan Urusniaga Pos / Gaya Pos
(Mail Order) dan berharap menjadi kaya. Ada yang memperolehi pendapatan
sehingga berjuta-juta ringgit. Sebahagiannya memperolehi beberapa ribu
ringgit dan ada yang memperolehi pendapatan tambahan beberapa ratus ringgit
sebulan.

Ada juga yang hanya sekadar mencuba secara main-main dan hanya memperolehi
beberapa ringgit sahaja. Namun ramai juga yang menyerah kalah kerana rugi
dan terus kecewa.

Kebanyakannya mahu cara dan jalan ringkas untuk kaya melalui teknik
Urusniaga Pos tetapi tidak mengetahui “RAHSIA DALAMAN URUSNIAGA POS” untuk
berjaya serta menguntungkan. Rahsia dan penyelesaiannya sangat mudah. Untuk
mendapat keuntungan RM$$$ yang sangat lumayan melalui teknik Urusniaga Pos
anda perlu memahami dan mempelajari teknik ini dengan lebih sistematik. Ini
termasuklah;

·Memahami konsep urusniaga pos;
·Pemilihan dan penghasilan produk yang berpotensi untuk dipasarkan;
·Teknik penulisan iklan yang menguntungkan;
·Strategi-strategi dan teknik pengiklanan yang berkesan;
·Teknik penulisan Surat Jualan (Sales Letter) bertaraf professional;
·Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap iklan anda;
·Cara mengendali respon dari prospek/pelanggan anda;
·Teknik mengkaji keberkesanan iklan anda;
·Prosedur penghantaran produk kepada pelanggan;
·Pelan pemasaran yang baik;
·Teknik mengembangkan perniagaan Urusniaga Pos;
·Teknik pemasaran produk Urusniaga Pos melalui INTERNET;
·Teknik menggandakan modal dan iklan daripada yang kecil hingga menjadi
besar;
·Keperluan lain seperti pendaftaran perniagaan dan akaun bank; dan
·Lain-lain.

Untuk keterangan lanjut tentang RAHSIA DALAMAN SEBENAR URUSNIAGA POS, sila
lawat laman web dibawah;

http://www.rahsiaperniagaanpos.com

Sekian terima kasih

May 22nd, 2008

5 Perkara Cara Berjaya Dalam Perniagaan Pos

Perniagaan mail order atau melalui pos adalah menyeronokkan dan mudah dilakukan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Lebih-lebih lagi, ia dapat memberikan anda keuntungan yang tinggi. Malah anda boleh menjadi kaya hasil daripada perniagaan yang unik ini. Tetapi, ia memerlukan masa dan usaha yang tidak sedikit.

Kita tidak dapat kaya dalam jangka masa yang singkat.Sedar atau tidak, perniagaan mail order telah wujud lebih lama daripada perniagaan internet dan internet itu sendiri, yang mana, pada masa kini Internet hanyalah sebagai salah satu daripada kaedah hebahan kepada umum.

Seorang usahawan Internet,Michael Dell menjadi jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau mula menjual komputer keluarannya “DELL”, kemudahan Internet belum lagi meluas. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.

Mail order membolehkan anda bekerja hanya daripada rumah, membeli-belah daripada rumah dan melakukan segala-galanya daripada rumah. Malahan televisyen juga melakukan mail order, seperti rancangan SmartShop dan lain-lain seumpama dengannya.
Lakukan perniagaan ini secara berterusan dan jangan jemu-jemu. Di sini lima perkara yang anda perlu lakukan supaya berjaya dalam perniagaan mail order:

1#: Dapatkan pengiklanan yang murah
Anda tidak boleh dan tidak digalakkan mengiklankan dalam ruangan iklan yang mahal. Terdapat akhbar-akhbar yang menawarkan pengiklanan yang murah. Jika anda mengiklankan produk dan perkhidmatan dalam pengiklanan yang besar dan mahal, dikhuatiri anda tidak sempat dan tidak berupaya mendapatkan keuntungan yang sewajarnya. Buat permulaan, iklankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

2#: Piramidkan keuntungan anda
Maksud piramidkan keuntungan adalah anda menggunakan separuh daripada keuntungan bersih bagi mengiklankan dengan lebih kerap dan banyak. Iklankan di dalam akhbar serta majalah yang berlainan. Jangan cepat hendak mendapatkan keuntungan. Ia perlu bergerak secara bertahap sehingga anda dapat meraih keuntungan yang tinggi.

3#: Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah berlainan
Cubalah anda iklankan dalam pengiklanan yang berlainan. Apabila anda mendapat keuntungan, selain anda mengiklankan di dalam akhbar-akhbar yang sedia ada, anda boleh mengiklankan di dalam akhbar yang belum pernah anda iklankan. Selepas itu, carilah majalah yang belum pernah anda iklankan. Apabila keuntungan anda sudah berlipat ganda, perniagaan anda kerap keluar dalam iklan akhbar, maka bolehlah anda mengiklankan pada ruangan yang lebih besar. Saudara Hamidan Salehan, pengasas Dinamic Mail Enterprise kini, berupaya mengiklankan produk dengan menggunakan satu ruang penuh. Contohnya, dalam akhbar Mingguan Perdana. Tidak hairanlah, pendapatan secara purata ialah RM50,000 setahun.

4#: Iklankan produk lain
Anda boleh melipatgandakan keuntungan dengan mengiklankan produk yang lain pula. Lakukan langkah 1 hingga langkah 3 dan lihat hasil keuntungannya. Anda berhak mengiklankan beberapa produk yang anda sukai. Tetapi buat permulaan, cukup hanya satu produk sahaja. Setiap langkah perlu perlahan tetapi bertahap.

5#: Jangan takut kepada kesilapan
Kesilapan adalah bibit-bibit kejayaan. Belajar daripada kesilapan. Perniagaan mail order adalah perniagaan yang membolehkan anda menjadi kaya, tetapi secara bertahap. Bukan kaya cepat. Cepat kaya, cepatlah jatuh. Betulkan segala kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

May 22nd, 2008

12 Petua Cari Duit Dengan Bekerja Dari Rumah.

Peraturan 1: Tidaklah Seteruk Yang Anda Sangka. Ia Akan Kelihatan Lebih Baik Pada Esok Pagi

Setiap usahawan dari rumah, terutamanya yang menjalankan perniagaan melalui Internet, pasti pernah mengalami perasaan seolah-olah mereka sedang berjalan dalam satu bulatan. Walau ke arah mana anda pergi, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Jumlah perniagaan yang terpaksa ditutup ketika ia baru mula naik amat mengejutkan. Oleh itu, teruslah berusaha dan apabila anda berasa tertekan, ingatkan diri anda bahawa esok masih ada. Masalah anda tidaklah seteruk yang disangkakan dan ia AKAN kelihatan lebih baik pada esok pagi.

Peraturan 2: Lepaskan Marah Anda

Ini sebenarnya ialah nasihat umum kepada semua orang, bukannya setakat kepada usahawan dari rumah. Ia boleh diaplikasikan pada semua aspek kehidupan yang lain, bukan hanya pada aspek perniagaan. Kebencian dan kemarahan yang terpendam tidak akan menyakitkan orang lain, kecuali diri anda sendiri. Apabila anda memendam perasaan geram dan marah, anda menjadi tidak produktif. Oleh itu, lepaskanlah perasaan yang terpendam ini (dengan cara yang konstruktif) , dan teruskan perjalanan hidup anda.

Peraturan 3: Jangan Letakkan Ego Anda Terlalu Hampir Dengan Kedudukan Anda Kerana Jika Kedudukan Anda Jatuh, Ego Anda Turut Jatuh

Sepanjang kerjaya saya, saya telah beberapa kali berjumpa dengan orang yang identiti dan nilai diri mereka begitu berkait rapat dengan kerjaya mereka, hinggakan mereka sebenarnya tidak mempunyai identiti di luar waktu kerja. Oleh kerana keyakinan diri mereka bergantung kepada sumber luaran, mereka merasakan perlu bagi mereka memperteguhkan kedudukan peribadi mereka, walaupun jika mereka terpaksa mempergunakan orang lain dan menjalankan politik pejabat untuk mengekalkan dan memperbaiki ‘status’ mereka.

Orang seperti ini dipanggil ‘pembina empayar’, dan boleh dijumpai di kebanyakan organisasi. Mereka mengawal wilayah kekuasaan mereka dengan penuh rasa cemburu dan hasad dengki, dan mereka biasanya terus-menerus menagih lebih tugas dan tanggungjawab, hingga ke tahap mereka tidak berupaya melakukan kesemuanya sendiri.

Oleh kerana identiti dan harga diri mereka bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi, apakah yang akan berlaku apabila mereka kehilangan kedudukan itu, contohnya dalam situasi kemerosotan ekonomi di mana syarikat terpaksa mengecilkan operasi?

Jangan biarkan ini berlaku kepada anda. Ingatlah bahawa peribadi dan perniagaan anda adalah dua entiti yang berbeza dan berasingan. Tidak salah jika anda mahu berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai, tetapi jangan mendefinisikan diri anda melalui kejayaan. Harga diri adalah sesuatu yang datang dari dalam diri manusia, bukan ditentukan oleh kerjaya atau kejayaan seseorang.

Dengan memisahkan kehidupan profesional dan kehidupan peribadi, anda lebih berpeluang untuk berjaya dalam perniagaan. Pemisahan atau pengasingan ini membolehkan anda melihat sesuatu perkara secara objektif dan melalui perspektif yang lebih luas dan jelas. Secara langsung atau tidak langsung, ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dan berkualiti.

Peraturan 4 Ia Boleh Dilakukan

Jangan hadkan atau bataskan keupayaan diri anda. Anda boleh buat apa sahaja jika anda tetapkan minda anda padanya, asalkan perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Bagi apa sahaja perkara yang di bawah keupayaan manusia, pepatah yang mengatakan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” adalah benar.

Disiplinkan diri dengan merancang hidup anda dan apa yang ingin anda capai. Dengan menetapkan matlamat dan merancang langkah-langkah yang akan membantu anda mencapainya, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda ingini.

Peraturan 5 Berhati-hati Dengan Apa Yang Anda Pilih, Kerana Anda Mungkin Akan Memperolehinya

Jika anda menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu yang benar-benar anda inginkan dan anda merancangkannya dengan teliti, apa sahaja yang anda ingini pasti akan anda perolehi. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menetapkan matlamat anda.

Peraturan 6 Jangan Biarkan Fakta Yang Berlawanan Menjadi Penghalang Kepada Satu Keputusan Yang Baik

Tumpukan perhatian pada ganjaran yang menanti, dan jangan biarkan perkara-perkara lain yang kurang penting mengganggu tumpuan anda. Anda mungkin tidak akan menyertai pertandingan maraton jika anda tahu bahawa pertandingan itu akan disertai oleh 1,000 orang, tetapi adakah ini bermakna keputusan anda untuk bertanding adalah satu kesilapan? Tidak.

Buatlah keputusan berasaskan maklumat yang berkualiti dan berdasarkan apa yang terbaik bagi perniagaan anda. Jika seseorang datang sebagai pesaing kepada perniagaan anda, jangan terus mengaku kalah. Teruskan larian anda. Tentu ada sesuatu yang dapat membezakan anda daripada pesaing anda.

Peraturan 7 Jangan Biarkan Orang Lain Membuat Pilihan Untuk Anda

Anda tidak seharusnya membiarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak anda. Pekakkan telinga jika ibu anda mengatakan anda gila kerana melepaskan pekerjaan yang selesa dan stabil untuk memulakan perniagaan sendiri. Anda seharusnya mengejar impian sendiri, bukannya impian orang lain.

Peraturan 8 Periksa Perkara-Perkara Kecil
Contoh perkara-perkara kecil ini ialah seperti cetakan halus dalam kontrak, alamat laman web, ejaan dan tanda baca yang anda taip dalam surat kepada pelanggan. Dalam kata lain, telitilah setiap perkara.

Peraturan 9 Berkongsi Penghargaan

Tiada orang yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Ingat dan hargailah orang yang telah membantu dan terus membantu anda dalam mencapai impian anda. Beri penghargaan kepada kejayaan orang lain juga.

Peraturan 10 Bertenang Dan Berhati-Hati

Kejayaan jangka panjang tidak akan dicapai jika anda mempunyai sikap kelam-kabut dan lalai. Dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka, kemerosotan perniagaan atau kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan, sedarlah bahawa ini semua hanyalah sebagaian daripada asam garam perniagaan, dan sentiasalah bersikap tenang dan berhati-hati dalam menangani masalah.

Jangan bertindak terburu-buru. Anda tentu tidak mahu melepaskan semua usaha anda selama ini semata-mata untuk mencuba sesuatu yang baru dan berbeza kecuali anda telah menyelidikinya dengan mendalam dan secara tenang

Analisa situasi anda dengan tenang dan gunakan kebijaksanaan untuk memperbaiki keadaan itu. Kadang kala anda hanya perlu membelok sedikit sahaja untuk kembali ke laluan yang betul. Tidak perlulah anda menukar kemudi yang baru.

Peraturan 11 Berwawasan dan Bersungguh-sungguh

Peraturan ini selaras dengan peraturan 4 dan 5. Untuk menetapkan matlamat dan merancang langkah-langkah yang perlu untuk mencapainya, anda mestilah menetapkan wawasan terlebih dahulu. Anda perlu berwawasan tinggi dan berani. Tiada apa yang tidak boleh dicapai, maka pastikan usaha yang anda curahkan adalah demi sesuatu yang benar-benar bernilai dan berbaloi.

Peraturan 12 Hadapi dan Tangani Ketakutan Anda

Setiap seorang dari kita pasti pernah mengalami masa-masa tertentu di mana kita merasa tidak yakin terhadap diri sendiri atau takut untuk mengembara ke suatu tempat yang tidak diketahui destinasinya. Jika apa yang anda rancangkan menimbulkan rasa ragu-ragu, cemas atau takut, hadapilah dan tanganilah ia.

Perasaan-perasaan ini adalah sesuatu yang baik kerana ia membolehkan anda melihat sesuatu keadaan itu dari perspektif yang lebih luas. Seperti yang tertulis dalam buku ini, rasailah ketakutan itu dan teruskan melakukannya.

May 22nd, 2008

Produk Yang Sesuai Untuk Perniagaan Pos

Produk Yang Sesuai Untuk Perniagaan Pos

1. Harga perlu tinggi berbanding berat.

Begini, produk yang ringan dan tidak memerlukan kos penghantaran yang tinggi dan harga adalah lebih tinggi daripada berat produk itu. Sebagai contoh, mungkin berat sekeping CD yang memuatkan hasil 5 naskah novel seram tulisan anda ialah 20 gram dan anda meletakkan harga bagi CD itu RM50. Manakala sekilogram gula berharga RM1.80. Pada pendapat anda, manakah yang sesuai dijual online? Sudah tentu CD kerana kos penghantaran yang rendah dan lebih banyak keuntungan yang diperolehi berbanding gula yang berat tetapi murah. Melainkan anda boleh membuat gula sendiri dan menjualnya dengan harga yang lebih murah dari pasaran, saya syorkan anda menjualnya secara online.

2. Produk yang kurang berada dipasaran.

Jika sesuatu produk itu sangat mudah diperolehi dipasaran, ia tidak sesuai dijual secara pos. Sebab itu tidak mudah menjual coklat Kit Kat secara pos. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak stok computer terpakai dan bersedia menjualnya dengan harga yang sangat berpatutan, mulakan perniagaan pos anda sekarang.

3. Produk berbentuk maklumat.

Ini adalah produk yang mudah dan sangat berjaya secara pos. Produk maklumat seperti buku, report dan bahan rujukan amat sesuai sekali dijual online. Malahan muzik juga adalah berbentuk maklumat.

4. Produk yang memerlukan penyelidikan.

Internet adalah sumber rujukan yang sangat baik. Namun, tidak semua sesuai dan berguna. Jika anda mempunyai produk lengkap membina sebuah computer peribadi beserta panduan lengkap cara pemasangan dan berikan juga pelanggan gambaran mengenai ciri-ciri komputer yang mereka inginkan yang juga dengan harga yang murah, ia adalah sesuatu yang baik kerana mungkin orang boleh beli peralatan komputer dikedai tetapi anda sertakan panduan lengkap sekali.

5. Penawaran.

Terdapat banyak produk menawarkan harga yang rata disemua tempat. Kadang kala produk yang anda fikir tidak sesuai juga boleh dijial secara pos. Jika anda boleh menjual gula dengan harga yang murah, orang akan berebut beli dengan anda.

6. Produk yang menarik dan menjadi buah mulut.

Jika anda mempunyai produk yang menarik dan boleh menjadi buah mulut orang, sudah pasti perniagaan anda akan mempunyai ramai pelanggan kerana mereka telah memperomosikan barangan anda secara tidak langsung.

7. Perkhidmatan.

Perniagaan berbentuk perkhidmatan juga amat sesuai dijalankan diinternet. Mungkin anda mempunyai hobi seperti membuat grafik computer atau membuat program perisian menggunakan visual basic dan boleh jadikan kemahiran dan hobi anda itu sebagai produk bagi perniagaan anda.

May 22nd, 2008

Malu memulakan dan menjalankan perniagaan…

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya :)

Tetapi, bila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu…

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.

2. Kata pakar perniagaan barat, sifat malu adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan pos… salah satu kebaikan perniagaan pos adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan! :) dan sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan pos, anda boleh klik di sini.
http://www.rahsiaperniagaanpos.com

Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang… malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi

Salam Cemerlang
RahsiaPerniagaanPos.com