Archive for June, 2008

June 28th, 2008

e-Book Rahsia Perniagaan Pos

Lahirnya e-book ini adalah satu daripada khazanah panduan perniagaan yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh para usahawan. Apa yang bakal saya sajikan ini akan membawa perubahan yang besar pada diri anda. Jika selama ini anda teraba-raba mencari pendapatan tambahan ataupun berasa gelap dalam mencari cara dan teknik bagi mengubah kedudukan ekonomi anda, kini dengan hadirnya e-book ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan mengubah kedudukan ekonomi anda. Rahsia Perniagaan Pos ini saya hasilkan bagi memberi kesedaran kepada semua warga muda berkenaan istilah “pengangguran” yang sebenarnya tiada dalam kamus Islam. Terlalu banyak cabang-cabang perniagaan yang dapat diterokai. Inilah salah satu cabang perniagaan. Uniknya, perniagaan ini hanya di jalankan di meja makan. Ini adalah rahsia jutawan yang selama ini kurang didedahkan kepada umum.

E-book Rahsia Perniagaan Pos ini adalah julung-julung kalinya di Malaysia. Jadi, Pendedahan berkenaan rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya adalah kurang. Dengan terbitnya buku ini, ia dapat memberi input yang berguna kepada para pembaca. Namun begitu, input sahaja tidak mencukupi. Kita memerlukan output. Anda perlu mempraktikkan satiap rahsia yang terkandung di dalam e-book ini. Sudah semestinya, andalah yang akan mendapatkan manfaatnya. Beberapa rahsia ini bukanlah berdasarkan teori semata-mata, tetapi berdasarkan pengalaman yang saya pernah dan sedang menajalankan perniagaan yang unik ini. Bacalah setiap bab yang lain. Oleh itu, tenangkan hati anda. Jalan menuju kekeyaan masih terbuka luas. Rezeki kurniaan Tuhan ini banyak dan bercabang-cabang.

E-book ini saya hasilkan secara praktikal dan bukannya teori. Saya sajikan ia secara bersantai. Praktikal sahaja hanya sia-sia jika anda tidak praktikkannya. Percayalah, sempadan kemiskinan dan kesusahan dapat di atasi dengan cara yang terdapat di dalam e-book ini. Sudah ramai usahawan di negara ini sudah berjaya menjadi usahawan homebase business yang terkenal dan cemerlang contohnya, saudara Hamidan Salihan, Pengasas Dynamic Mail Enterprise. Kejayaan beliau sungguh membanggakan sehingga beliau berupaya meraih pendapatan purata RM55,000 sebulan. Beliau juga merupakan konsultan profesional Homebase Business Consultan. Begitu juga dengan saudara Mohd Nizam memperoleh RM20,000 sebulan dan ramai lagi yang rata-rata memperolehi pendapatan melebihi RM5000 sebulan. Dengan kepakaran yang ada pada mereka saya telah kumpulkan kesemuanya dalam e-book Rahsia Perniagaan Pos dan saya sendiri telah mempraktikan semua yang diajar oleh beliau, sekarang saya telah menubuhkan Faqih Homebase Business dan mendapat income yang tinggi di dalam bisness ini. Anda bila lagi??

Buku ini mengandungi Tiga Bahagian. Dalam Bahagia Pertama, saya memberi penekanan kepada pengenalan perniagaan pos iaitu apa makna perniagaan pos, bagaimana mendaftar syarikat, produk apa yang sesuai dijual secara pos dan sebagainya. Manakala Bahagian Kedua pula, saya menekankan bagaimana membuat pengiklanan yang berkesan secara offline yang berkesan melalui surat khabar, majalah, tabloid, poster dan sebagaimna. Manakala Bahagian Ketiga pula, bagaimana membuat pengiklanan yang berkesan secara online/internet yang berkesan iaitu pembinaan laman web secara ringkas, pengiklanan berkesan melalui internet (yahoo groups, friendster, myspace, email, adsense, pengiklanan percuma dan banyak lagi). Dan saya selitkan motivasi untuk meraka yang ingin menjadi jutawan bisness perniagaan pos ini dalam Bahagian Keempat.

June 10th, 2008

Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?

Tadi berita TV3 ada menyiarkan sedikit berita mengenai feedback orang ramai tentang kenaikan harga minyak ini. Semua orang yang ditemuramah mengucapkan ribuan terim kasih kepada kerajaan malaysia… siapakah mereka? Penduduk Thailand.. penduduk singapura dan juga pengusaha stesyen minyak. Eh? nampak sangat tiada seorang pun rakyat malaysia yang gembira dengan keputusan tersebut untuk ditemuramah. (Mungkin lepas nie mereka boleh upah pelakon tambahan untuk membuatkan aksi gembira sambil menunjukkan simbol bagus sewaktu mengisi minyak).

Kemudian.. trelintas difikiran saya.. siapakah yang akan mendapat keuntungan yang paling besar dan siapakah yang akan paling sengsara akibat kesan kenaikan minyak ini secara langsung? Setelah beberapa ketika berfikir sambil makan roti lor…. saya dapat sedikit jawapan.

Yang Paling Gembira / Untung..

  • Rakyat singapura
  • Rakyat Thailand
  • Pengusaha stesyen minyak

Yang Paling Merana

  • Orang keje kerajaan yang bergred rendah , sudahlah gaji mereka kecil, dan mereka tidak dibenarkan pula untuk membuat sebarang kerja2 luar atau bisnes part time.
  • Bos-bos di syarikat swasta, bos-bos yang gaji kecil la.. yang gaji mereka antara Rm4k - Rm6k.. dengan peningkatan minyak sebanyak 40% sudah pastinya, mereka juga akan merasa kesannya, malangnya mereka juga tidak mampu untuk membuat kerja2 sampingan untuk menambahkan pendapatan mereka diebabkan mereka ini selalunya teramat sibuk dengan kerja pejabat. Bos lah katakan…
  • Pekerja-pekerja eksekutif  biasa dan bawahan (kerani/despatch boy) yang tidak mempunyai kemahiran lain selain pergi kerja, balik kerja, makan,  tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan,  tidur, bangun, pergi kerja…
  • Teksi yang tidak menggunakan NGV
  • Syarikat-syarikat kecil yang banyak menggunakan pengangkutan untuk operasi perniagaan mereka

Yang Tidak Terkesan

  • Menteri-menteri, sebab minyak mereka semua dibayar oleh kerajaan (rakyat).
  • Pakcik makcik di kampung yang menoreh getah dengan hanya menaiki basikal.
  • Orang-orang kaya

Secara ringkasnya, golongan yang paling teruk (merana) kesan kenaikan minyak ini adalah golongan pertengahan ( golongan yang paling ramai di malaysia), manakala golongan miskin yang tidak memiliki kenderaan, langsung tidak merasai apa-apa kesan  (mereka ini hanya akan terkesan apabila harga barang naik kelak!) .

Kesimpulannya…. untuk mengeluarkan diri anda daripada masalah minyak ini.. jadilah seorang pengusaha stesyen minyak yang kaya raya! oh!

P/s:- Kepada mereka yang berasa sangat tertekan, stress dan membuak-buak nafsu amarah tu, saya cadangkan anda baca artikel di blog shueqry ini..  artikel motivasi yang saya rasa amat baik sekali. Dan sekaligus mengetahui punca mengapakah anda berasa sangat stress dengan kenaikan harga minyak ini..

June 10th, 2008

Google Adsense

*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti
atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka
untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan
kebosanan berhadapan dengan internet.

Apa Khabar saudara,

Moga saudara ceria selalu dan diberikan kesihatan
yang baik.

Seperti yang saya janjikan, saya ada menyediakan artikel
mengenai aktiviti internet, yang boleh Wanqie
lakukan untuk mencari pendapatan sampingan di internet
secara sambilan bagi menampung kos sara hidup yang
meningkat kini.

Ada banyak yang saya sediakan, namun saya mulakan dengan
aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense.
Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat
dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang
baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda
selepas ini?

Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya.
Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh
berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak
syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai
tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk
mereka.

Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini
secara bijak telah mereka program yang dinamakan google
adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya
menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang
ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah
menggunakan ANDA.

Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google
menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google
tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh
mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan
yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh
fahamkan?

Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –>

Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi,
anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti
blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan
google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke
laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google
yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana
pendapatan.

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya
sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog
anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah
bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.

Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya
anda mesti mempunyai:

1. Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail
(kepunyaan google).

2. Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan
pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti
blogger.com.

3. Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk
membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.

Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang
anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense
ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan
kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google,
membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.

Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari
mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda
mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan
anda memulakan aktiviti ini.

Dalam masa terdekat ini, saya akan menceritakan lagi
aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menjana duit di
internet. Moga Wanqie berjaya menghasilkan
pendapatan melalui internet.