Archive for September, 2008
Kelebihan Perniagaan Pos
Jaminan Hari Tua
Adakah anda hanya selesa makan gaji ataupun berniaga? Saya juga bekerja makan gaji. saya akan mendapat gaji, tetapi hidup saya tidak sempurna apabila saya banyak berhutang seperti hutang dengan bank bagi membeli kereta dan rumah. Ramai kakitangan kerajaan terpaksa menanggung hutang sampai mereka pencen. Bebanan hutang ini mengganggu kestabilan dan keselesaan hidup. Apabila mencapai umur yang dikategorikan sebagai warga emas, kita sepatutnya berehat, dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan hidup gembira. Tetapi jika hutang masih berlonggok dan belum dapat dijelaskan, kita tidak dapat hidup dengan gembira. Cuba anda bayangkan semasa anda pencen nanti anda sudah tidak bertenaga, tidak aktif dan hanya berada di rumah. Pendapatan anda sudah hilang separuh, Apakah alternatif yang anda perlukan bagi menampung dan menambahkan pendapatan walaupun anda sudah pencen? Ya, melalui perniagaan di rumah iaitu perniagaan pos. Perniagaan pos ini dapat di jadikan sebagai kerja sambilan tetapi ia perlu diusahakan setiap masa. Tidak mustahil jika ia menjadi separuh masa. Usahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan terlebih dahulu.” Kecil-kecil, lama-lama jadi bukit”
Berkenalan dengan perniagaan pos.
Berkenalan dengan perniagaan pos bermaksud aktiviti perniagaan yang dilakukan dan dijalankan secara pos. Perniagaan ini melibatkan promosi dengan menggunakan katalog., pesanan dan pembayaran serta penghantaran produk. Semuanya menggunakan wang pos. Malah yang digunakan juga adalah wang pos. Wang pos boleh didapati doi pejabat pos. Melalui perniagaan ini, pembeli dan penjual tidak perlu berjumpa antara satu sama lain. Penjual mempromosikan produknya hanya menggunakan katalog ataupun brosur. Pembeli pula membuat pesanan berdasarkan katalog ataupun brosur itu. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order, cek ataupun wang tunai. Yang peliknya, walaupun perniagaan ini dijalankan secara pos, ia mampu berkembang dengan pesat. Bahkan, ada yang mampu meraih pendapatan melebihi empat angka. inilah cara perniagaan yang dapat memberikan kejayaan dan keselesaan kepada anda.

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Saudara, rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat
menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada anda! Jika
Ramadhan ini dianggap seperti berniaga, puasa di siang hari adalah
modalnya dan ibadah waktu malam itu adalah untungnya!
Sempena Ramadhan ini, setiap minggu saya akan hantar tips
perniagaan menurut sejarah Islam untuk tatapan anda. Mudahan,
memberi inspirasi dan manfaat dalam meraih 9/10 rezeki melalui
perniagaan.