Thursday, May 22nd, 2008

Renungilah Kisah Ini.

Yusof Othman dari Kuala Ketil adalah salah seorang peniaga secara pos. Produk beliau ialah sekeping CD interaktif yang menunjukkan cara bagaimana memasang kompenan-kompenan sebuah komputer.

Produk Yusof mendapat sambutan dari seluruh dunia. Produk beliau dibeli oleh pembeli dari USA, UK, India, Autralia, dan pelbagai negara lagi apabila beliau membuat pengiklanan melalui akhbar-akhbar luar negara dan juga melalui internet.

Kos sekeping CD kosong hanyalah RM1. Manakala kos pengiriman ke luar negara lebih kurang RM5 sahaja. Jadi kos keseluruhan bagi setiap unit CD hanyalah RM6. Tetapi En. yusof menjual produk tersebut dengan harga $US40.

Tahukah anda berapa ringgit keuntungan yang diperolehi oleh Yusof ke atas sekeping CD yang berjaya dijual? sebelum tambatan Ringgit di mansuhkan, nilai $US1 setara dengan nilai RM3.8. Ini bermakna harga sekeping CD itu ialah RM152. Setelah ditolak kos, Yusof mendapat RM146 iaitu keuntungan melebihi 2000%! Inilah menariknya perniagaan pos.

Category: Kisah Kejayaan