Berkenalan dengan perniagaan pos bermaksud aktiviti perniagaan yang dilakukan dan dijalankan secara pos. Perniagaan ini melibatkan promosi dengan menggunakan katalog., pesanan dan pembayaran serta penghantaran produk. Semuanya menggunakan wang pos. Malah yang digunakan juga adalah wang pos. Wang pos boleh didapati doi pejabat pos. Melalui perniagaan ini, pembeli dan penjual tidak perlu berjumpa antara satu sama lain. Penjual mempromosikan produknya hanya menggunakan katalog ataupun brosur. Pembeli pula membuat pesanan berdasarkan katalog ataupun brosur itu. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order, cek ataupun wang tunai. Yang peliknya, walaupun perniagaan ini dijalankan secara pos, ia mampu berkembang dengan pesat. Bahkan, ada yang mampu meraih pendapatan melebihi empat angka. inilah cara perniagaan yang dapat memberikan kejayaan dan keselesaan kepada anda.
Hari ini, ramai pelanggan suka membeli secara pos. Ini kerana persekitaran sudah menjadi rumit, contohnya harga minyak petrol melambung tinggi, tempat letak kereta semakin padat dan berbayar, bising, suasana kotor, lalu lintas yang membosankan dan pembaziran masa serta wang. Pelanggan lebih suka memesan barangan kepada penjual dengan hanya duduk di kerusi malas. Daripada bancian terkini, lebih 90 juta pelanggan membeli lebih 50 juta barangan melalui pos setiap tahun. Sebenarnya perniagaan pos ini dapat pergi lebih jauh lagi. Potensi perniagaan melalui pos ini adalah besar, bahkan ia dapat menjadi popular dan menjanakan pendapatan yang lumayan. Perniagaan pos ini dapat dilakukan dalam dua cara iaitu cara konvensioanal (urusan perniagaan melalui surat) dan cara baru (urusan melalui internet). Tidaklah begitu ketara jika saya katakan perniagaan ini dapat menghasilkan kekayaan.
Berkenalan dengan perniagaan pos.