Saturday, September 12th, 2009

Iklan dengan kad ucapan hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berpuasa dan selamat hari raya yang bakal menjelma saya ucapkan. dekat-dekat nak raya ni jadual saya semakin sibuk dengan perniagaan pos saya ini dan juga persiapan hari raya yang bakal menjelma ni. Di kesempatan ni saya ingin memohon maaf kepada semua pembeli n subscribe saya, yela kekadang ade juga email subscribe yang tak sempat saya nak balas, mugkin ada yang terasa hati so saya mintak maaf banyak2. Juga kepada pembeli saya yang kekadang produk lewat sampai kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Newsletter saya kali ini ingin menyentuh sedikit kepada proses pengiklanan. Memandangkan setiap apa-apa perniagaan bagi saya pengiklanan merupakan satu element penting dalam memajukan perniagaan kita. Cuba anda renungkan kepada musim perayaan yang bakal menjelma ini apakah pengiklanan yang sesuai dibuat untuk mempromosikan produk anda yang langsung tak ada kene mengena dengan perayaan heheheh..

Apa yang saya buat ialah dengan menggunakan pengiklanan secara bergambar. Macam mane tu? Sekarang musim perayaan hampir tiba, jika anda mengiklankan produk anda secara teks mungkin ramai tak ada masa nak baca yerla sibuk cari baju raya, jadi saya telah membuat beberapa kad hari raya virtual dan letakkan di dalam website saya http://www.rahsiaperniagaanpos.com/commentpicture dan sesiapa sahaja boleh mengedarkan gambar uacapan raya tersebut di laman2 sosial seperti myspace, tagged, friendster, dan juga forum2. Bagaimana ia berfungsi? di dalam gambar tersebut mempunyai link laman web utama produk saya, oleh itu semakin banyak gambar itu tersebar maka makin banyak lah traffik ke website saya..mudah bukan?? tak perlulah lah saya pening2 kepala nak iklankan produk saya..

contoh seperti gambar dibawah:-

Category: Pengiklanan