Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?
Tadi berita TV3 ada menyiarkan sedikit berita mengenai feedback orang ramai tentang kenaikan harga minyak ini. Semua orang yang ditemuramah mengucapkan ribuan terim kasih kepada kerajaan malaysia… siapakah mereka? Penduduk Thailand.. penduduk singapura dan juga pengusaha stesyen minyak. Eh? nampak sangat tiada seorang pun rakyat malaysia yang gembira dengan keputusan tersebut untuk ditemuramah. (Mungkin lepas nie mereka boleh upah pelakon tambahan untuk membuatkan aksi gembira sambil menunjukkan simbol bagus sewaktu mengisi minyak).
Kemudian.. trelintas difikiran saya.. siapakah yang akan mendapat keuntungan yang paling besar dan siapakah yang akan paling sengsara akibat kesan kenaikan minyak ini secara langsung? Setelah beberapa ketika berfikir sambil makan roti lor…. saya dapat sedikit jawapan.
Yang Paling Gembira / Untung..
- Rakyat singapura
- Rakyat Thailand
- Pengusaha stesyen minyak
Yang Paling Merana
- Orang keje kerajaan yang bergred rendah , sudahlah gaji mereka kecil, dan mereka tidak dibenarkan pula untuk membuat sebarang kerja2 luar atau bisnes part time.
- Bos-bos di syarikat swasta, bos-bos yang gaji kecil la.. yang gaji mereka antara Rm4k - Rm6k.. dengan peningkatan minyak sebanyak 40% sudah pastinya, mereka juga akan merasa kesannya, malangnya mereka juga tidak mampu untuk membuat kerja2 sampingan untuk menambahkan pendapatan mereka diebabkan mereka ini selalunya teramat sibuk dengan kerja pejabat. Bos lah katakan…
- Pekerja-pekerja eksekutif biasa dan bawahan (kerani/despatch boy) yang tidak mempunyai kemahiran lain selain pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, bangun, pergi kerja…
- Teksi yang tidak menggunakan NGV
- Syarikat-syarikat kecil yang banyak menggunakan pengangkutan untuk operasi perniagaan mereka
Yang Tidak Terkesan
- Menteri-menteri, sebab minyak mereka semua dibayar oleh kerajaan (rakyat).
- Pakcik makcik di kampung yang menoreh getah dengan hanya menaiki basikal.
- Orang-orang kaya
Secara ringkasnya, golongan yang paling teruk (merana) kesan kenaikan minyak ini adalah golongan pertengahan ( golongan yang paling ramai di malaysia), manakala golongan miskin yang tidak memiliki kenderaan, langsung tidak merasai apa-apa kesan (mereka ini hanya akan terkesan apabila harga barang naik kelak!) .
Kesimpulannya…. untuk mengeluarkan diri anda daripada masalah minyak ini.. jadilah seorang pengusaha stesyen minyak yang kaya raya! oh!
P/s:- Kepada mereka yang berasa sangat tertekan, stress dan membuak-buak nafsu amarah tu, saya cadangkan anda baca artikel di blog shueqry ini.. artikel motivasi yang saya rasa amat baik sekali. Dan sekaligus mengetahui punca mengapakah anda berasa sangat stress dengan kenaikan harga minyak ini..
Google Adsense
*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti
atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka
untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan
kebosanan berhadapan dengan internet.
Apa Khabar saudara,
Moga saudara ceria selalu dan diberikan kesihatan
yang baik.
Seperti yang saya janjikan, saya ada menyediakan artikel
mengenai aktiviti internet, yang boleh Wanqie
lakukan untuk mencari pendapatan sampingan di internet
secara sambilan bagi menampung kos sara hidup yang
meningkat kini.
Ada banyak yang saya sediakan, namun saya mulakan dengan
aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense.
Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat
dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang
baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda
selepas ini?
Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya.
Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh
berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak
syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai
tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk
mereka.
Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini
secara bijak telah mereka program yang dinamakan google
adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya
menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang
ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah
menggunakan ANDA.
Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google
menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google
tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh
mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan
yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh
fahamkan?
Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –>
Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi,
anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti
blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan
google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke
laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google
yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana
pendapatan.
Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya
sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog
anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah
bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.
Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya
anda mesti mempunyai:
1. Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail
(kepunyaan google).
2. Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan
pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti
blogger.com.
3. Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk
membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.
Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang
anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense
ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan
kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google,
membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.
Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari
mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda
mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan
anda memulakan aktiviti ini.
Dalam masa terdekat ini, saya akan menceritakan lagi
aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menjana duit di
internet. Moga Wanqie berjaya menghasilkan
pendapatan melalui internet.
Asas Untuk Biginner
Jika anda baru mendengar perkataan Program Affiliate ataupun sudah lama mendengarnya tetapi masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya apakah sebenarnya Program Affiliate, webpage ini akan menceritakannya secara asas.
Apakah Program Affiliate
Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini ’sign-up’ untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?
Atau dengan lebih jelasnya begini.
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya ‘menghantar’ seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline!!
Bagaimana Menyertainya?
Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma. Ya!!!! Percuma!!
Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-
1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.
Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi…..sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata…..’MaCaM-mACaM Ada’ !!!!
2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain).
Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali.
Jika sudah bersetuju, daftarkan permohonan anda dengan mengisi ‘form’ yang disediakan oleh syarikat tersebut.
3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut.
Perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah ‘Online Bookstore’. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh www.Amazon.com
Apabila permohonan anda diluluskan, anda biasanya diberikan ‘HTML code’ ataupun ‘link’ yang mengandungi Affiliate ID anda sendiri. Tugas anda hanyalah perlu meletakkan ‘HTML code’ ataupun ‘link’ tersebut ke dalam website anda. Jika ada orang klik dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen.
4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).
Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!!!
Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program Affiliate.
Kelebihan Program Affiliates
Seperti diketahui umum, terdapat bermacam-macam peluang perniagaan di Internet yang wujud pada zaman ini. Salah satunya ialah Program Affiliate yang terbukti mempunyai banyak kelebihannya seperti tersenarai di bawah:-
- Tidak memerlukan produk sendiri. Ya, memang benar! Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk menghasilkan produk sendiri untuk dijual.
- Mudah disertai dan boleh bermula dengan segera. Berbeza dengan jenis perniagaan lain di Internet yang memerlukan bayak masa sebelum boleh dimulakan, Program Affiliate boleh dimulakan dalam masa yang amat singkat. Jangan terkejut jika dikatakan ada yang boleh dimulakan dalam masa kurang dari 10 minit!
- Boleh disertai secara PERCUMA!!! Selain itu, tiada had untuk anda menyertai seberapa banyak Program Affiliate yang ada di Internet. Dalam lain perkataan, tiada had bagi anda menjana pendapatan sebanyak mungkin.
- Teknik pemasaran sudah disediakan oleh syarikat. Apa yang anda cuma perlukan ialah, pilih mana yang sesuai dan letakkan dalam website anda. Lebih menarik lagi, ada juga sesetengah syarikat yang menyediakan website bagi anda bila anda menyertai Program Affiliate mereka.
- Tidak perlu terlibat dalam urusan jual-beli, sokongan teknikal mahupun khidmat lepas jualan bagi produk tersebut kerana ianya akan diuruskan oleh pemilik produk. Lebih penting dari itu anda tidak perlu risau tentang komen dari pelanggan kerana semuanya akan pergi kepada pemilik produk.
- Tidak memerlukan sebarang perisian atau teknik untuk mengesan jualan yang berjaya anda hasilkan kerana semuanya akan disediakan oleh syarikat yang menawarkan Program Affiliate tersebut.
Jika anda berminat untuk menyertai program affiliate, laman web rahsiaperniagaanpos.com menyediakan kemudahan tersebut, malah komisyen yang diberikan juga adalah sangat tinggi iaitu RM15.00 jika dibandingkan website lain. Jika anda berminat boleh layari http://www.rahsiaperniagaanpos.com/user
Apa itu responder?
Autoresponder
Autoresponder adalah satu cara promosi paling berkesan bagi perniagaan di internet. ia adalah sebuah perisian
yang membenarkan anda memberi reaksi melalui email secara automatik. Anda hanya perlu menaipkan mesej email
anda mengikut turutan dan autoresponder akan menghantar email tersebut kepada penerima mengikut waktu yang
diarahkan secara automatik.
Autoresponder sering digunakan untuk menghantar mesej ucapan terima kasih (sering muncul apabila anda selesai
sign up sesuatu program, halaman ucapan selamat datang atau pengesahan pembelian sesuatu produk. Kini wujud
kursus-kursus yang terdiri daripada berpuluh modul dihantar menggunakan autoresponder dan popular dengan istilah
e-pembelajaran (e-learning)
Cuba anda bayangkan, segalan-galanya dilakukan sekali sahaja dan dan modul kursus dihantar melalui email secara
automatik. ini juga satu peluang perniagaan!
Autoresponder akan diberi percuma jika anda membuat pembelian e-book rahsia perniagaan pos, semuanya percuma
untuk anda, cepat rebutkan peluang ini sebelum perisian ini di tarik balik.
Renungilah Kisah Ini.
Yusof Othman dari Kuala Ketil adalah salah seorang peniaga secara pos. Produk beliau ialah sekeping CD interaktif yang menunjukkan cara bagaimana memasang kompenan-kompenan sebuah komputer.
Produk Yusof mendapat sambutan dari seluruh dunia. Produk beliau dibeli oleh pembeli dari USA, UK, India, Autralia, dan pelbagai negara lagi apabila beliau membuat pengiklanan melalui akhbar-akhbar luar negara dan juga melalui internet.
Kos sekeping CD kosong hanyalah RM1. Manakala kos pengiriman ke luar negara lebih kurang RM5 sahaja. Jadi kos keseluruhan bagi setiap unit CD hanyalah RM6. Tetapi En. yusof menjual produk tersebut dengan harga $US40.
Tahukah anda berapa ringgit keuntungan yang diperolehi oleh Yusof ke atas sekeping CD yang berjaya dijual? sebelum tambatan Ringgit di mansuhkan, nilai $US1 setara dengan nilai RM3.8. Ini bermakna harga sekeping CD itu ialah RM152. Setelah ditolak kos, Yusof mendapat RM146 iaitu keuntungan melebihi 2000%! Inilah menariknya perniagaan pos.
Berniagan dengan modal yang kecil.
Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bergelar jutawan senyap Malaysia? Ya, saya pasti anda pernah impikan kejayaan itu dan terus mengorak langkah seiring dengan jutawan senyap sedia ada di Malaysia.
Tetapi, bagaimana mungkin anda boleh berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya jika tiada sumber modal yang mencukupi. RM5,000 , RM30,000 atau RM50,000 adalah jumlah yang tinggi bagi anda jika dari golongan sederhana.
Mulakan Bisnes Anda Dengan Modal Minimum Serendah RM0.00 Atau RM29.00 Sahaja.
Pelik??? Ya, PELIK TAPI BENAR dan telah ramai yang berjaya dengan menjalankan model bisnes tulen ini. Saya telah mengusahakan model bisnes ini dan memang terbukti ianya memberikan pulangan yang lumayan walaupun dengan modal yang amat rendah. Sukar mempercayai akan kehebatan rahsia bisnes ini.
Mahukah anda mempunyai satu perniagaan yang sah yang boleh anda jalankan secara sambilan atau sepenuh masa dari meja makan di rumah dan memberikan anda ribuan ringgit setiap bulan? Jika YA, saya ada berita baik buat anda kerana saya akan mendedahkan satu Idea Bisnes Hebat.
Idea menjana pendapatan sampingan cara mudah ialah dengan menjadi usahawan GayaPos dengan gabungan kemudahan Internet ! Ini adalah kerana faedah-faedah berikut yang tiada tandingannya dengan apa juga jenis bisnes yang terdapat di dalam dunia ini:
Ramai Orang Yang Mencuba Perniagaan Secara Pos
Sahabat Yang Dihargai,
Semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan Urusniaga Pos / Gaya Pos
(Mail Order) dan berharap menjadi kaya. Ada yang memperolehi pendapatan
sehingga berjuta-juta ringgit. Sebahagiannya memperolehi beberapa ribu
ringgit dan ada yang memperolehi pendapatan tambahan beberapa ratus ringgit
sebulan.
Ada juga yang hanya sekadar mencuba secara main-main dan hanya memperolehi
beberapa ringgit sahaja. Namun ramai juga yang menyerah kalah kerana rugi
dan terus kecewa.
Kebanyakannya mahu cara dan jalan ringkas untuk kaya melalui teknik
Urusniaga Pos tetapi tidak mengetahui “RAHSIA DALAMAN URUSNIAGA POS” untuk
berjaya serta menguntungkan. Rahsia dan penyelesaiannya sangat mudah. Untuk
mendapat keuntungan RM$$$ yang sangat lumayan melalui teknik Urusniaga Pos
anda perlu memahami dan mempelajari teknik ini dengan lebih sistematik. Ini
termasuklah;
·Memahami konsep urusniaga pos;
·Pemilihan dan penghasilan produk yang berpotensi untuk dipasarkan;
·Teknik penulisan iklan yang menguntungkan;
·Strategi-strategi dan teknik pengiklanan yang berkesan;
·Teknik penulisan Surat Jualan (Sales Letter) bertaraf professional;
·Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap iklan anda;
·Cara mengendali respon dari prospek/pelanggan anda;
·Teknik mengkaji keberkesanan iklan anda;
·Prosedur penghantaran produk kepada pelanggan;
·Pelan pemasaran yang baik;
·Teknik mengembangkan perniagaan Urusniaga Pos;
·Teknik pemasaran produk Urusniaga Pos melalui INTERNET;
·Teknik menggandakan modal dan iklan daripada yang kecil hingga menjadi
besar;
·Keperluan lain seperti pendaftaran perniagaan dan akaun bank; dan
·Lain-lain.
Untuk keterangan lanjut tentang RAHSIA DALAMAN SEBENAR URUSNIAGA POS, sila
lawat laman web dibawah;
http://www.rahsiaperniagaanpos.com
Sekian terima kasih
5 Perkara Cara Berjaya Dalam Perniagaan Pos
Perniagaan mail order atau melalui pos adalah menyeronokkan dan mudah dilakukan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Lebih-lebih lagi, ia dapat memberikan anda keuntungan yang tinggi. Malah anda boleh menjadi kaya hasil daripada perniagaan yang unik ini. Tetapi, ia memerlukan masa dan usaha yang tidak sedikit.
Kita tidak dapat kaya dalam jangka masa yang singkat.Sedar atau tidak, perniagaan mail order telah wujud lebih lama daripada perniagaan internet dan internet itu sendiri, yang mana, pada masa kini Internet hanyalah sebagai salah satu daripada kaedah hebahan kepada umum.
Seorang usahawan Internet,Michael Dell menjadi jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau mula menjual komputer keluarannya “DELL”, kemudahan Internet belum lagi meluas. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.
Mail order membolehkan anda bekerja hanya daripada rumah, membeli-belah daripada rumah dan melakukan segala-galanya daripada rumah. Malahan televisyen juga melakukan mail order, seperti rancangan SmartShop dan lain-lain seumpama dengannya.
Lakukan perniagaan ini secara berterusan dan jangan jemu-jemu. Di sini lima perkara yang anda perlu lakukan supaya berjaya dalam perniagaan mail order:
1#: Dapatkan pengiklanan yang murah
Anda tidak boleh dan tidak digalakkan mengiklankan dalam ruangan iklan yang mahal. Terdapat akhbar-akhbar yang menawarkan pengiklanan yang murah. Jika anda mengiklankan produk dan perkhidmatan dalam pengiklanan yang besar dan mahal, dikhuatiri anda tidak sempat dan tidak berupaya mendapatkan keuntungan yang sewajarnya. Buat permulaan, iklankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu.
2#: Piramidkan keuntungan anda
Maksud piramidkan keuntungan adalah anda menggunakan separuh daripada keuntungan bersih bagi mengiklankan dengan lebih kerap dan banyak. Iklankan di dalam akhbar serta majalah yang berlainan. Jangan cepat hendak mendapatkan keuntungan. Ia perlu bergerak secara bertahap sehingga anda dapat meraih keuntungan yang tinggi.
3#: Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah berlainan
Cubalah anda iklankan dalam pengiklanan yang berlainan. Apabila anda mendapat keuntungan, selain anda mengiklankan di dalam akhbar-akhbar yang sedia ada, anda boleh mengiklankan di dalam akhbar yang belum pernah anda iklankan. Selepas itu, carilah majalah yang belum pernah anda iklankan. Apabila keuntungan anda sudah berlipat ganda, perniagaan anda kerap keluar dalam iklan akhbar, maka bolehlah anda mengiklankan pada ruangan yang lebih besar. Saudara Hamidan Salehan, pengasas Dinamic Mail Enterprise kini, berupaya mengiklankan produk dengan menggunakan satu ruang penuh. Contohnya, dalam akhbar Mingguan Perdana. Tidak hairanlah, pendapatan secara purata ialah RM50,000 setahun.
4#: Iklankan produk lain
Anda boleh melipatgandakan keuntungan dengan mengiklankan produk yang lain pula. Lakukan langkah 1 hingga langkah 3 dan lihat hasil keuntungannya. Anda berhak mengiklankan beberapa produk yang anda sukai. Tetapi buat permulaan, cukup hanya satu produk sahaja. Setiap langkah perlu perlahan tetapi bertahap.
5#: Jangan takut kepada kesilapan
Kesilapan adalah bibit-bibit kejayaan. Belajar daripada kesilapan. Perniagaan mail order adalah perniagaan yang membolehkan anda menjadi kaya, tetapi secara bertahap. Bukan kaya cepat. Cepat kaya, cepatlah jatuh. Betulkan segala kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

e-Book Rahsia Perniagaan Pos
Lahirnya e-book ini adalah satu daripada khazanah panduan perniagaan yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh para usahawan. Apa yang bakal saya sajikan ini akan membawa perubahan yang besar pada diri anda. Jika selama ini anda teraba-raba mencari pendapatan tambahan ataupun berasa gelap dalam mencari cara dan teknik bagi mengubah kedudukan ekonomi anda, kini dengan hadirnya e-book ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan mengubah kedudukan ekonomi anda. Rahsia Perniagaan Pos ini saya hasilkan bagi memberi kesedaran kepada semua warga muda berkenaan istilah “pengangguran” yang sebenarnya tiada dalam kamus Islam. Terlalu banyak cabang-cabang perniagaan yang dapat diterokai. Inilah salah satu cabang perniagaan. Uniknya, perniagaan ini hanya di jalankan di meja makan. Ini adalah rahsia jutawan yang selama ini kurang didedahkan kepada umum.
E-book Rahsia Perniagaan Pos ini adalah julung-julung kalinya di Malaysia. Jadi, Pendedahan berkenaan rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya adalah kurang. Dengan terbitnya buku ini, ia dapat memberi input yang berguna kepada para pembaca. Namun begitu, input sahaja tidak mencukupi. Kita memerlukan output. Anda perlu mempraktikkan satiap rahsia yang terkandung di dalam e-book ini. Sudah semestinya, andalah yang akan mendapatkan manfaatnya. Beberapa rahsia ini bukanlah berdasarkan teori semata-mata, tetapi berdasarkan pengalaman yang saya pernah dan sedang menajalankan perniagaan yang unik ini. Bacalah setiap bab yang lain. Oleh itu, tenangkan hati anda. Jalan menuju kekeyaan masih terbuka luas. Rezeki kurniaan Tuhan ini banyak dan bercabang-cabang.
E-book ini saya hasilkan secara praktikal dan bukannya teori. Saya sajikan ia secara bersantai. Praktikal sahaja hanya sia-sia jika anda tidak praktikkannya. Percayalah, sempadan kemiskinan dan kesusahan dapat di atasi dengan cara yang terdapat di dalam e-book ini. Sudah ramai usahawan di negara ini sudah berjaya menjadi usahawan homebase business yang terkenal dan cemerlang contohnya, saudara Hamidan Salihan, Pengasas Dynamic Mail Enterprise. Kejayaan beliau sungguh membanggakan sehingga beliau berupaya meraih pendapatan purata RM55,000 sebulan. Beliau juga merupakan konsultan profesional Homebase Business Consultan. Begitu juga dengan saudara Mohd Nizam memperoleh RM20,000 sebulan dan ramai lagi yang rata-rata memperolehi pendapatan melebihi RM5000 sebulan. Dengan kepakaran yang ada pada mereka saya telah kumpulkan kesemuanya dalam e-book Rahsia Perniagaan Pos dan saya sendiri telah mempraktikan semua yang diajar oleh beliau, sekarang saya telah menubuhkan Faqih Homebase Business dan mendapat income yang tinggi di dalam bisness ini. Anda bila lagi??
Buku ini mengandungi Tiga Bahagian. Dalam Bahagia Pertama, saya memberi penekanan kepada pengenalan perniagaan pos iaitu apa makna perniagaan pos, bagaimana mendaftar syarikat, produk apa yang sesuai dijual secara pos dan sebagainya. Manakala Bahagian Kedua pula, saya menekankan bagaimana membuat pengiklanan yang berkesan secara offline yang berkesan melalui surat khabar, majalah, tabloid, poster dan sebagaimna. Manakala Bahagian Ketiga pula, bagaimana membuat pengiklanan yang berkesan secara online/internet yang berkesan iaitu pembinaan laman web secara ringkas, pengiklanan berkesan melalui internet (yahoo groups, friendster, myspace, email, adsense, pengiklanan percuma dan banyak lagi). Dan saya selitkan motivasi untuk meraka yang ingin menjadi jutawan bisness perniagaan pos ini dalam Bahagian Keempat.